25 April 2009

UMMMM Sedapnye...





Anda suka kek coklat?
Ak jamin ramai org sukannya..
Tp xramai reti buat.. :)(gurau je)

So, ni ak nk kongsi resepi yg rsnya sperti sedap utk kt sama2 cba kt umah nati ..
( ak xcuba lg,sbb dok U.. xcoti agi la :) )



SELAMAT MENCUBA YE KAWAN2!
da cuba jgn lupakn aku.. :)

RESEPI KEK COKLAT LEMBAP

Bahan kek :
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
4 biji telur (saiz A)
1 sk esen vanila
1 cawan susu cair suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Bahan topping :
150 gm coklat masakan
1/4 cawan air pana
1 sb mentega
1 sb susu pekat

Cara membuat kek :
Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
Masukkan telur sebutir-sebutir
Masukkan esen vanila
Tepung dan koko yang telah diayak bersama dimasukkan berselang seli dengan susu suam
Tuang di dalam loyang yang telah digris
Masuk dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak
Sejukkan kek sebelum ditopping


Cara membuat topping :
Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'

Kek Lapis Nescafe
Ni resepi kek lapis nescafe yang saya cuba dari buku Sajian Citra-Koleksi Terpilih Nona
Bahan-bahan kek
250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur
270 gm tepung naik sendiri
Sedikit garam
1 sb serbuk nescafe
150 ml susu suam
Cara-cara membuat kek
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji.
3. Masukkan tepung dan garam-gaul sebati.
4. Susu dan nescafe yang telah dicampur dimasukkan kedalam adunan. Gaul sebati.
5. Tuang dalam loyang bulat 9" atau ikut suka kita.
6. Bakar dalam oven 180 C selama 30-40 minit. Saya punya oven dah tak berapa okey. Selepas 1/2 jam kita periksa.
7. Sejukkan kek dulu barulah poton dua bahagian. Sapukan dengan bahan krim. Lapiskan kek semula dan sapu semua baki krim pada kek. MMMMM...sedapnya.Hiaslah mengikut citarasa kita.
Bahan krim
150 gm gula ising
70 gm mentega
1 sk serbuk nescafe
Cara-cara membuat krim
Campur semua bahan dipukul sehingga berkrim.


Sumber : Buku Sajian Citra-Koleksi Terpilih Nona

No comments: